[PENGARANG]

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hye semua. Dulu dan kini semakin berbeza. Dulu adalah kenangan yang tidak mungkin ku lupakan.

2010-05-21

Jom Berdiet..!!

okeh...ini mlm nk cerita pasal diet...ekceli, diet ni mmg la selalu berlegar legar lam pale otak aku ni...np aku nk diet??sbb mcm dah makin mengembang jer rase...even x la kembang mane...eceehh...

oke la...oke la...mmg berat badan aku dah naek skunk..eh2 bukan skunk, sejak akhir semester lepas lg, die mcm dah slow menaekkan timabangn dah....aku pon kadng2 agk tensen...n skunk ni bertambah2 la tensen ble dudok kat umah dengan c bwat ape....so, aku pon berazam la akn setat diet permulaan minggu ni...hihi menjadi ke x 2??yuhhuu...itu kte tngk nati lah yer...

so, skunk ni, aku nk lah share tips2 diet ni....ssape agk2 trase dah agk kembang 2, jom lah kiter berdiet skali yer...ehee....stat minggu dpn, mmg kne kuat n tahan segalenyer..hihi dah2...dr aku dok merapu lg, lebey baek cite pasal tips2 berdiet neh yer...oke, 1st skali, pasal pemakanan...let's check it out...!!


TIP DIET & WAKTU (DALAM SEHARI)


* 6.00 pagi—8.00 pagi.

Waktu yang paling sesuai mengambil makanan berat. Ini kerana kadar metabolisma selalunya berkerja 20% lebih cepat pada waktu pagi. Jadi adalah lebih sesuai untuk makan makanan berat dan lebih kalori pada sebelah pagi supaya tubuh dapat menukarnya pada tenaga bukannya pada lemak.


* 12.00 tgh hingga 2.00 petang.

Masa yang seringkali diet diabaikan. Waktu ini tenaga sudah pun berkurangan. Tubuh anda bersedia untuk pengambilan kalori yang lebih. Anda mungkin rasa lembab.


* 4.00 petang hingga 6.00 petang

Waktu yang paling baik untuk senaman. Otot-otot anda ketika ini adalah paling mudah untuk bersenam. Risiko untuk kecederaan seperti kejang adalah kurang. Stamina adalah pada kadar yang paling tinggi ketika ini.


* 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Waktu untuk mengambil makanan ringan. Jangan sesekali mengambil makanan berat waktu ini. Tubuh anda mungkin akan menyimpan kalori tersebut. Ambil hidangan seperti kuih muih yang tidak mengandungi banyak lemak dan jangan ambil lagi makanan selepas waktu ini.


* 8.00 malam hingga tengah malam.

Waktu yang paling tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti fizikal. Tubuh anda bersedia untuk tidur dan berehat. Meningkatkan suhu badan dan kadar degupan jantung pada masa ini akan hanya menyebabkan anda sukar untuk tidur.



4 TAKTIK DIET TANPA RISIKO


Jangan singkirkan golongan makanan tertentu

Ramai yang mengamalkan diet dengan menyingkirkan jenis makanan tertentu yang dianggap baik kepada tubuh. Tetapi semasa menjalani program diet, tubuh memerlukan air, vitamin, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serat dan oksigen. Perhatikan kombinasi makanan anda dan banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Pola makanan ini akan membantu tubuh membina sistem imun dan anda tidak mudah jatuh sakit.


Pastikan tubuh cukup protein

Tubuh memerlukan 50mg protein setiap hari. Daging dan susu serta produk tenusu mengandungi protein yang sangat tinggi, sodium dan lemak. Buah dan sayuran tertentu juga mengandungi sedikit protein. Bijiran, bijian dan kekacangan boleh membantu anda memenuhi keperluan protein yang diperlukan tubuh.


Jangan singkirkan semua lemak tubuh.

Tubuh memerlukan 50gm lemak setiap hari. Oleh itu, anda tidak perlu ber“musuh” dengan lemak, kerana lemak akan menjaga otot-otot didalam tubuh untuk kekal licin. Anda boleh memperolehi lemak baik daripada kekacang, minyak zaitun atau avocado.


Makan hanya ketika lapar

Anda boleh membataskan makanan yang dimakan tetapi ada kalanya rasa lapar akan menggoda untuk menikmati makanan. Namun begitu, rasa lapar bukan sahaja muncul kerana tubuh memerlukan makanan tetapi juga disebabkan oleh keadaan psikologi. Untuk menghilangkan rasa lapar dengan lebih sihat, kunyahlah snek seperti buah-buahan, sayuran atau sepotong keju.



oke...takat ni dolu yer...ade banyk lg ni....tp mcm mengantok pulak mate ni....so, kte continue nati beble aku rase mcm ghajin menghapdet yer....oke...nyte2..!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin