[PENGARANG]

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hye semua. Dulu dan kini semakin berbeza. Dulu adalah kenangan yang tidak mungkin ku lupakan.

2010-05-11

Sifat Wanita yang Di Benci Lelaki

mase berjalan2 d blog tadik, aku ade la pulak terbace sifat2 wanita....ni antara yang berjaya aku bace la stakat ni....sbb x sempat kalo nk berlame2 d intenet ni...al maklom jer la kalo dudk rumah ni, bukn bole dok ngadap pc 24jam....dah name pon pompuan kn??...hehe oke lah, let's chect it out bebeh...!!


1. Tidak Puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek...Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna....

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi... Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian...


2. Mata Duitan

Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang....Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.....Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati.....Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya....


3. Suka Mengatur

Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya....Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan....Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.


4. Cemburu Buta

Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang...Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai....Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang....Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh....Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu....


5. Emosional

Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki....Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik....Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu....Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.....


okeh, kepada wanita2 sekalian *termasuk aku lah 2... renung2kan lah dan slamat beramal yer...sharing is caring....same2 lah kite berusaha ke arah kebaikan.....buang yg keroh, ambek yang jernih....tingkatkn prestasi, kurang kn kontroversi....!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin