[PENGARANG]

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hye semua. Dulu dan kini semakin berbeza. Dulu adalah kenangan yang tidak mungkin ku lupakan.

2010-05-12

Sifat Lelaki Vs Perempuan

sbelom ni, aku ade mengkisahkn sifat yg lelaki suke yg ade pd wani...so skunk ni, kita story pasal sifat lelaki lawan sifat perempuan....bukan berlawan yer...perbandingan sifat kaum adam dan kaum hawa....ini hanyer pendapat semate2...so,pandai2 la nk pandai...


Lelaki : Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.

Perempuan : Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.


Lelaki : Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

Perempuan : Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.


Lelaki : Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
Perempuan : Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

Lelaki : Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
Perempuan : Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

Lelaki : Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
Perempuan : Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

Lelaki : Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
Perempuan : Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

Lelaki : Bersikap pemurah atau boros.
Perempuan : Bersifat kedekut atau berjimat.

Lelaki : Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
Perempuan : Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Lelaki : Tidak fokus kepada sesuatu perkara
Perempuan : Fokus kepada sesuatu perkara.

Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
Perempuan : Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

Lelaki : Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
Perempuan : Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

Lelaki : Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
Perempuan : Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

Lelaki : Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
Perempuan : Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

Lelaki : Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
Perempuan : Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

Lelaki : Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
Perempuan : Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

Lelaki : Tidak suka bercakap tentang pasangannya
Perempuan : Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

Lelaki : Agak keberatan meminta maaf
Perempuan : Lebih mudah meminta maaf

Lelaki : Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
Perempuan : Risau apabila menghadapi kesukaran

Lelaki : Suka MEMBUAT keputusan
Perempuan : Suka MENGIKUT keputusan

Lelaki : Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
Perempuan : Suka bersama keluarga


No comments:

Blog Widget by LinkWithin