1. Keibuan
Bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang….Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja…Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing…
2. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik…Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya…Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya…Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya…Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
3. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
4. Bersifat Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki…Mereka berasa terhibur dengan keletah anda…Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan…Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian lelaki…
5. Pandai Berkomunikasi
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki…Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan…Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga…
7. Memahami
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya…Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya…Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya…
No comments:
Post a Comment