Okeh, ni antara novel yg aku baru bli 2ari lepas...x bukak pembalot pon lgtaw.....al maklomla, asek bz g blaja kete n nk amek tez moto...terpakse rushing sbb lesen da nk expired....tiap ari kne g kotaraya...seb baek ade aim baekk punyer..hoho esih2...xder la....tngk2 jer.....cuci mate cket....hoho ok la, sblom aku melalot dengan lbeh jaoh dan jaoh lg, jom la tngk sinopsis 3 bijik novel yg aku baru bli neh yer....
1. Cinta Untukmu karya Siti Nur Dhuha
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.
Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman. Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.
2. Jatuh Cinta Lagi karya Hanny Syazwany
Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.
3. Ku Berserah karya Ummi Ariza
Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh Safiyah dan Fahrin. Berat hati menerima keputusan keluarga namun atas desakan segalanya di terima dengan harapan somgo ada sinar di masa hadapan.
2 comments:
alamak//sy xbraper mint bacer novel..haha
itu lah die...lelaki mmg jarang la yg suke bace novel...takot d katekn mat bunge2...muke ganaz, dalam ati ade taman...hihi
Post a Comment